PUASA MENJANA KEPERIBADIAN MUSLIM
Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang ketiga.
Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang ketiga.
- Pengertian puasa:
Maksud puasa daripada segi bahasa : menahan diri.
Maksud puasa daripada segi syarak : menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang menbatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.
- Dalil:
(يأيها الذين أمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون)
Maksudnya : Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa
seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu
bertakwa
surah al-Baqarah : 183
* Dalil daripada Hadis:
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."}}
- Rukun puasa :
Puasa wajib disertakan dengan niat. Lafaz niat puasa :-
(نويت صوم غد عن ءداء فرض شهر رمضان هذه السنة لله تعالى)
maksud: sahaja aku puasa esok hari untuk menunaikan fardhu ramadhan kerana Allah Taala.
* Waktu berniat:
- Lafaz setiap malam
Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
- Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
- Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
- Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
2. Menahan diri
Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatakan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Antara perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah:
- Makan dan minum dengan sengaja.
- Memasukkan sesuatu didalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja seperti memasukkan ubat ke dalam dubur, menitiskan air atau ubat ke dalam mata dll.
- bersetubuh dengan isteri pada siang hari walaupun tanpa keluar air mani.
- Muntah dengan sengaja walaupun sedikit.
- Kedatangan haid atau nifas.
- Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara langsung yang disengajakan.
- Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak.
- Gila, kerana apabila seseorang itu gila maka hilanglah kelayakannya untuk beribadah.
- Berbekam (mengeluarkan darah), batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur Ulamak tidak membatalkannya.
- Berniat keluar dari puasa, batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut imam-imam yang lain seperti Imam Syafie, Imam Abu Hanifah tidak batal puasa.
- Murtad, iaitu keluar dari Islam.
- Hukum puasa
Puasa Wajib
- Puasa di bulan ramadhan merupakan salah satu daripada rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajib dilakukan oleh semua orang Islam.
- Puasa Kifarah.
- Puasa qadha
- Puasa Nazar.
Puasa Sunat
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
- Puasa enam hari pada bulan Syawal
- Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
- Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
- Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
- Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama.
Puasa Haram
- Puasa pada Hari Syak iatu pada hari 30 Syaaban.
- Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri iaitu pada 1 Syawal.
- Puasa pada Hari Raya Aidil Adha iaitu pada 10 Zulhijjah.
- Puasa pada Hari Tashriq iaitu pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
- Puasa perempuan dalam keadaan haid & Nifas.
- Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah .
- Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya.
- Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya sekiranya dia berpuasa.
- Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT.
- Syarat wajib puasa:
- Berakal/waras.
- Baligh (cukup umur).
- Mampu/tidak uzur.
- Syarat sah puasa :
- Orang Islam
- Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
- Suci daripada haid dan nifas
- Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
- Sunat puasa:
- Makan sahur serta melambatkannya
- Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
- Menjamu orang-orang berbuka puasa
- Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.
- Kelonggaran untuk berbuka puasa :
Harus bagi golongan-golongan ini untuk berbuka puasa:-
- Orang yang sakit .
- Orang yang berkerja buruh.
- Orang yang dalam musafir (perjalanan).
- Orang tua yang sudah lemah.
- Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan