Wahai muslimin dan muslimat serta anak-anak didik yang dikasihi...(^_^)
Adakah kamu wanita? kamu masih mempunyai ibu?? saudara wanita??
ok......Jom baca pengisian kali ini...
sangat menarik (^_^) dan dapat menambahkan ilmu (^_^)
Mulanya, baca nie dulu .....
dah habis baca...??Jom tengok video nie pulak (^_^)
sangat menarik untuk memahami tajuk aurat wanita Islam..
besss kan....ok sekarang kita perincikan lagi tentang aurat wanita Islam...
1) Pengertian Aurat
- Dari segi bahasa: diambil daripada perkataan arab iaitu Aurah yang bermaksud keaiban.
- Dari sedi syarak: bahagian aurat yang wajib ditutup atau dilindingi dari pandangan.
2) Perintah Menutup Aurat
-Firman Allah Taala
" Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah zaman dahulu, dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semua itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan henda membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara keji)"
(Al-Ahzab: ayat 33)
* Berdsarkan ayat Al-Quran itu td, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib seperti mana diwajibkan menunaikan solat, mengeluarkan zakat dan perintah-perintah yang lain.
- Firman Allah Taala
" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu merreka tidak akan diganggu. Dan ingatlaj Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(Al-Ahzab: ayat 59)
- Aurat wanita Islam ketika bersama bukan mahram dan ketika solat:-
* Seluruh anggota badan kecuali muka dan tangan.
- Aurat ketika bersendirian:-
* Antara pusat sehingga ke lutut.
- Aurat ketika bersama mahram:-
* Antara pusat hingga ke lutut. Akan tetapi wanita dituntut untuk menutup bahagian-bahagian tertentu yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
- Aurat ketika dihadapan wanita kafir (non muslim):-
* Seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
* Sabda Rasulullah S.A.W : ''Tidak halal bagi wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani"
- Aurat dengan suami:-
*Tiada batasan aurat antara suami isteri jika di tempat terlindung dari pandangan orang lain. Isteri boleh mendedahkan anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
* '' Mu'awiyah bin Haidah menyatakan : ''Aku pernah bertanya : Ya Rasulullah, bagaimanakan aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?'' . Baginda menjawab: Jagalah auratmu kecuali tehadap isterimu dan hamba abdi milikmu''. Aku bertanya lagi: ''Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami kalau orang ramai mandi bercampur baur di satu tempat?'' Baginda menjawab :''Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu.'' Aku bertanya lagi: ''Ya Rasulullah, bagaimana kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : "Seharusnya ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain".
( Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
3) Pakaian Dalam Islam
i) Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii) Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit dan ketat sehingga menampakkan susuk badan.
iii) Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis dan jarang yang boleh menampakkan tubuh badan.
iv) Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik orang melihatnya.
v) Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
vi) Pakaian itu tidak menyerupai pakai orang kafir atau musyrik.
Jom kita tengok kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh wanita Islam dalam menutup aurat
Jadi...macam mana cara yang betul menutp aurat bagi wanita Islam?? jom tengok dan praktikkan!!
Alhamdulillah.. harap semua faham dengan baik tentang cara menutup aurat yang betul...jadi jom kita sama-sama berubah menjadi muslimah yang baik dan solehah (^_^)
Sebaik-baik hiasan adalah WANITA SOLEHAH (^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan