-->

Yusniza Menulis...

Ibn Khaldun telah menekankan bahawa anak-anak di peringkat awal haruslah didedahkan dengan pengajaran Al-Quran. Ini kerana selain dapat memperkukuhkan aqidah dan keimanan, ia juga dapat membentuk malakah (bererti bakat atau tabiat manusia).

kandungan ;)

  • Terkini
  • Kuiz dan Latihan
  • Pengumuman

Khamis, 9 Februari 2012

Kepimpinan Rasulullah S.A.W

Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, kekasih Allah Taala...
Membawa rahmat sekelian alam...
Kami merinduimu Ya Rasulullah






Hayatilah...anda pula bagaimana???






Harap-harap slide inni dapat membantu pelajar-pelajar memahami tajuk ini :)

Kepimpinan rasulullah
View more presentations from yusnizayahya.


PENGENALAN


Para nabi dan rasul merupakan manusia pilihan utusan Allah untuk memimpin dan mambimbing manusia ke jalan yang benar. Nyatalah para nabi dan rasul merupakan pemimpin contohan dan mercu tanda sejarah ketamadunan manusia. Dalam koteks yang lebih khusus, nabi Muhammad (SAW) merupakan nabi dan rasul yang terakhir dan penghulu para nabi dan rasul, tentunya mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama yang berkaitan dangan hal-hal kepimpinan.

  RASULULLAH S.A.W SEBAGAI PEMIMPIN

      Sebagai pemimpin yang dipilih oleh Allah, tentunya baginda dirancang sedemikian rupa untuk menjadikan baginda pemimpin mithali. Kehidupan baginda yang yatim, hidup dalam suasana kehidupan yang serba sederhana menjadi batu asas penting dalam proses pemupukan sifat kepemimpinan baginda . Dengan kehendak dan pemeliharaan Allah, baginda dapat membataskan dari baginda dari perkara yang merosakkan dan tidak berfaedah.

     Baginda akhirnya manjadi manusia yang paling dipercayai yang digelar “al-amin” oleh seluruh masyarakat di zamannya. Sifat asasi yang wajib bagi para nabi dan rasul terserlah dengan cukup nyata pada diri Rasulullah (SAW). Sifat-sifat tersebut ialah : sidiq, amanah, tabligah dan fatonah. Sifat-sifat ini merupakan tunggak asasi keperibadian dan kepimpinan Rasulullah (SAW). Sidiq ialah sifat yang mempunyai ciri-ciri benar yang merangkumi nilai-nilai tidak melakukan sifat bohong dan pendustaan, sama ada dalam percakapan mahupun dalam perbuatan. Ini merujuk kepada sifat tiadanya kontradiksi anatara apa yang diucap dengan apa yang dilaksanakan. Di samping itu, sidiq juga membawa maksud hidup dan perjuangan baginda itu bertunjangkan kebenaran hakiki, yang boleh membawa manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

      Sifat asasi yang lain ialah amanah, iaitu merujuk kepada sifat melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Baginda tidak melakukan walaupun sedikit penyelewengan, penyimpangan atau pengkhianatan. Apa yang diarahkan oleh Allah itulah dilaksanakan olah baginda seutuh dan setulennya. Sifat asasi yang lainnya ialah tabligh, yang secara literalnya bermaksud “menyampaikan”. Ianya merujuk kepada sifat baginda melaksanakan tanggungjawab menyampaikan seluruh dan sepenuhnya risalah kenabian dan kerasulan baginda kepada manusia. Baginda tidak sedikit pun menyembunyikan apa yang ditanzilkan oleh Allah kepada baginda untuk disampaiakn kepada umat manusia sejagat. Di samping baginda juga dengan sifat tabligh itu mempunyai kemahiran dan kemampuan komunikasi yang tinggi.

      Dengan itu, ianya membolehkan manusia yang didakwahkan oleh baginda memahami maksud dan tujuan dakwah tersebut. Sifat asasi yang lain ialah fatonah, iatu bermaksud “bijaksana”. Sebagai pembawa risalah Allah, dan pemimpin manusia sejagat, baginda merupakan pemimpin yang mempunyai kebijksanaan yang luar biasa. Ini dapat dilihat melalui tindakan-tindakan yang baginda laksanakan dalam sejarah perjuangan dan kehidupan baginda. Dengan sifat-sifat asasi tersebut, baginda telah melaksanakan tanggungjawab kenabian dan kerasulan dengan berjaya, dan ianya penuh dengan contoh dan teladan yang bukan sedikit yang sewajarnya dicungkil dan dihayati oleh seluruh umat manusia, terutamanya oleh umat Islam, khususnya mereka yang merasakan diri mereka pejuang dan penggerak Islam.
Posted by Yusniza Yahya at 4:48 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

rehat2 kejap..baca asma Husna dulu (^_^)

Masa itu emas ;)

Waktu Solat

Salat times for Dua, ٧٣٢٠٠ Gemencheh, Negeri Sembilan, MalaysiaN١٥, Kampung Sungai. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Get Your Prayer Times Widget!

jom borak !

Pink Blossom Pointer

Assalamualaikum...

Foto saya
Yusniza Yahya
Guru Pendidikan Agama Islam di Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh :)
Lihat profil lengkap saya

Sahabatku

Catatanku

  • ▼  2012 (6)
    • ▼  Februari (6)
      • Adab Melayan Tetamu
      • AURAT WANITA ISLAM
      • KEPENTINGAN DOA DALAM HIDUP MUKMIN
      • Puasa Menjana Keperibadian Muslim
      • Kepimpinan Rasulullah S.A.W
      • Yusniza Menulis...:
  • ►  2011 (1)
    • ►  Disember (1)

Memoriku

Memoriku
(( Yusniza )). Imej tema oleh enjoynz. Dikuasakan oleh Blogger.