-->

Yusniza Menulis...

Ibn Khaldun telah menekankan bahawa anak-anak di peringkat awal haruslah didedahkan dengan pengajaran Al-Quran. Ini kerana selain dapat memperkukuhkan aqidah dan keimanan, ia juga dapat membentuk malakah (bererti bakat atau tabiat manusia).

kandungan ;)

  • Terkini
  • Kuiz dan Latihan
  • Pengumuman

Ahad, 26 Februari 2012

Adab Melayan Tetamu

Assalamualaikum semua...
Pengisian kali ini, ustazah akan berkongsi ilmu dengan kamu semua mengenai adab melayan tetamu. Ustazah pasti semua orang pernah dikunjungi tetamu dan pernah mejadi tetamu kan.... 
Jadi bagaimana untuk kita melayan tetamu yang berkunjung ke rumah kita seperti mana yang digariskan oleh Islam.

Ok, sekarang kita tonton dulu video ini (^_^)




Adab melayan tetamuView more presentations from yusnizayahya.

Adab sebagai tuan rumah ketika melayan tetamu (^_^)

* Hendaklah menyambut dan mengalu-alukan kedatangan mereka.
* Hendaklah menunjukkan kemesraan dengan muka yang manis.
* Wajib menutup aurat.
* Menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap.
* Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan.

  (makanan jangan terlalu berlebihan sehingga berlaku pembaziran) sekadar gambar hiasan:)
                
* Memastikan rumah dalam keadaan kemas.
* Mengiringi tetamu ke muka pintu ketika hendak pulang.


(mengiringi tetamu sehingga ke muka pintu)sekadar gambar hiasan

Faedah dan manfaat memuliakan tetamu:

- Mendapat rahmat Allah Taala.
- Dapat mengeratkan silaturrahim.
- Orang yang memuliakan tetamu akan dihormati dan disanjungi oleh orang lain.
- Disayangi dan dihormati oleh masyarakat.

Kesan tidak memuliakan tetamu:

- Dibenci oleh Allah Taala.
- Mendapat dosa.
- Merenggangkan silaturrahim.
- Tidak dihormati oleh masyarakat.
- Menimbulkan fitnah.
Posted by Yusniza Yahya at 5:47 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

AURAT WANITA ISLAM

Wahai muslimin dan muslimat serta anak-anak didik yang dikasihi...(^_^)
Adakah kamu wanita?  kamu masih mempunyai ibu?? saudara wanita??
ok......Jom baca pengisian kali ini...
sangat menarik (^_^) dan dapat menambahkan ilmu (^_^)


Mulanya, baca nie dulu .....



dah habis baca...??Jom tengok video nie pulak (^_^)
sangat menarik untuk memahami tajuk aurat wanita Islam..




besss kan....ok sekarang kita perincikan lagi tentang aurat wanita Islam...


1)  Pengertian Aurat

- Dari segi bahasa: diambil daripada perkataan arab iaitu Aurah yang bermaksud keaiban.
- Dari sedi syarak: bahagian aurat yang wajib ditutup atau dilindingi dari pandangan.

2) Perintah Menutup Aurat

-Firman Allah Taala
             " Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah zaman dahulu, dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semua itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan henda membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara keji)"
                                                                                                              (Al-Ahzab: ayat 33)

* Berdsarkan ayat Al-Quran itu td, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib seperti mana diwajibkan menunaikan solat, mengeluarkan zakat dan perintah-perintah yang lain.

- Firman Allah Taala 
      " Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu merreka tidak akan diganggu. Dan ingatlaj Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
                                                                                                               (Al-Ahzab: ayat 59)

 - Aurat wanita Islam ketika bersama bukan mahram dan ketika solat:-
     * Seluruh anggota badan kecuali muka dan tangan.

- Aurat ketika bersendirian:-
    * Antara pusat sehingga ke lutut.

- Aurat ketika bersama mahram:-
   * Antara pusat hingga ke lutut. Akan tetapi wanita dituntut untuk menutup bahagian-bahagian tertentu yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

- Aurat ketika dihadapan wanita kafir (non muslim):-
   * Seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
   * Sabda Rasulullah S.A.W : ''Tidak halal bagi wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani"

- Aurat dengan suami:-
  *Tiada batasan aurat antara suami isteri jika di tempat terlindung dari pandangan orang lain. Isteri boleh mendedahkan anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.

* '' Mu'awiyah bin  Haidah menyatakan : ''Aku pernah bertanya : Ya Rasulullah, bagaimanakan aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?'' . Baginda menjawab: Jagalah auratmu kecuali tehadap isterimu dan hamba abdi milikmu''. Aku bertanya lagi: ''Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami kalau orang ramai mandi bercampur baur di satu tempat?'' Baginda menjawab :''Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu.'' Aku bertanya lagi:  ''Ya Rasulullah, bagaimana kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : "Seharusnya ia lebih malu kepada Allah  daripada malu kepada orang lain".
                                                                               ( Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

3) Pakaian Dalam Islam

i) Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii) Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit dan ketat sehingga menampakkan susuk badan.
iii) Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis dan jarang yang boleh menampakkan tubuh badan.
iv) Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik orang melihatnya.
v) Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
vi) Pakaian itu tidak menyerupai pakai orang kafir atau musyrik.

Jom kita tengok kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh wanita Islam dalam menutup aurat








Jadi...macam mana cara yang betul menutp aurat bagi wanita Islam?? jom tengok dan praktikkan!!






Alhamdulillah.. harap semua faham dengan baik tentang cara menutup aurat yang betul...jadi jom kita sama-sama berubah menjadi muslimah yang baik dan solehah (^_^)

Sebaik-baik hiasan adalah WANITA SOLEHAH (^_^)



Posted by Yusniza Yahya at 2:15 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rabu, 22 Februari 2012

KEPENTINGAN DOA DALAM HIDUP MUKMIN





Kepentingandoadalamhidupmukmin 100126000437-phpapp02
View more presentations from yusnizayahya.




jk
â Oßg÷YÏBur `¨B ãAqà)tƒ !$oY­/u‘ $oYÏ?#uä ’Îû $u‹÷R‘‰9$# ZpuZ|¡ym ’Îûur ÍotÅzFy$# ZpuZ|¡ym $oYÏ%ur z>#x‹tã Í‘$¨Z9$#
Maksudnya : Dan di antara mereka ada yg (berdia dgn) berkata : " Wahai Tuhan kami, berikanlah kpd kami kebaikan di dunia & di akhirat, Dan peliharalah kami drpd azab neraka "

Maksud ayat secara menyeluruh:
-         Dalam ayat 201 Surah al Baqarah, Allah menjelaskan  bahawa orang mukmin hendaklah berdoa memohon kebaikan hidup di dunia & di akhirat

CONTOH-CONTOH DOA
Untuk Kebaikan di Dunia
Untuk Kebaikan di Akhirat
·       Dikurniakan kesihatan yang baik
·       Memperolehi rezeki yang mencukupi
·       Dilindungi drpd musibah / bencaha
·       Dikurniakan anak soleh & solehah
·       Dikurniakan fikiran yg cerdas
·       Dijauhi dari tipuday& fitnah manusia
·       Diampunkan dosa-dosa
·       Dimasukkan ke dalam syurga
·       Dikurniakan syafaat di akhirat nanti
·       Di masukkan dlm kumpulan org soleh



Maksud Doa & Hikmah berdoa
Maksud Doa  :
                 Memohon daripada Allat SWT sesuatu yang diharuskan oleh syarak

Hikmah  Berdoa:
Ø    Supaya Allah memakbulkan segala usaha & cita-cita yang baik
Ø    Mendidik jiwa sentiasa mengingati  Allah
Ø    Melatih diri sentiasa sabar ,reda & bersyukur dgn ketentuan Allah
Ø    Dikasihi & diredai Allah




Adab-Adab  berdoa
Ø    Suci & Ikhlas hati ketika berdoa
Ø    Memilik waktu yang baik & sesuai spt: lepas solat, waktu tengah malam
Ø    Suci dari hadas
Ø    Mengadap kiblat

Waktu mustajab untuk berdoa:
Selepas Solat Fardu, Hari Jumaat, Bulan Ramadan, Tengah malam, Mlm Lailatul Qadar, Hari Arafah ( 9 zulhijjah), antara 2 khutbah. Antara azan dgn iqamah

Pengajaran Ayat :
1.    Hanya Allah sahaja yang  layak kita memohon sesuatu hajat / pertolongan
2.    Kita hendaklah sentiasa berdoa utk kebaikan dunia & juga kebaikan di akhirat





Posted by Yusniza Yahya at 6:07 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Isnin, 13 Februari 2012

Puasa Menjana Keperibadian Muslim

PUASA MENJANA KEPERIBADIAN MUSLIM


Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang ketiga. 

  • Pengertian puasa:
Slide posa
View more presentations from yusnizayahya.

Maksud puasa daripada segi bahasa : menahan diri.

Maksud puasa daripada segi syarak : menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang menbatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.


  • Dalil: 
* Allah berfirman didalam Al-Quran

(يأيها الذين أمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون)


Maksudnya : Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa
               seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu
               bertakwa
                                                   surah al-Baqarah : 183 

* Dalil daripada Hadis: 
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."}}

  • Rukun puasa :
1. Niat
Puasa wajib disertakan dengan niat. Lafaz niat puasa :-
(نويت صوم غد عن ءداء فرض شهر رمضان هذه السنة لله تعالى)
 maksud: sahaja aku puasa esok hari untuk menunaikan fardhu ramadhan kerana Allah Taala.

* Waktu berniat:
  • Lafaz setiap malam
Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

  • Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
  • Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

2. Menahan diri
Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatakan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Antara perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah:
  1. Makan dan minum dengan sengaja.
  2. Memasukkan sesuatu didalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja seperti memasukkan ubat ke dalam dubur, menitiskan air atau ubat ke dalam mata dll.
  3. bersetubuh dengan isteri pada siang hari walaupun tanpa keluar air mani.
  4. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit.
  5. Kedatangan haid atau nifas.
  6. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara langsung yang disengajakan.
  7. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak.
  8. Gila, kerana apabila seseorang itu gila maka hilanglah kelayakannya untuk beribadah.
  9. Berbekam (mengeluarkan darah), batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur Ulamak tidak membatalkannya.
  10. Berniat keluar dari puasa, batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut imam-imam yang lain seperti Imam Syafie, Imam Abu Hanifah tidak batal puasa.
  11. Murtad, iaitu keluar dari Islam.
  • Hukum puasa

Puasa Wajib

  1. Puasa di bulan ramadhan merupakan salah satu daripada rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajib  dilakukan oleh semua orang Islam.
  2. Puasa Kifarah.
  3. Puasa qadha
  4. Puasa Nazar.


Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
  1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
  2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
  3. Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
  4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
  5. Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama.

Puasa Haram

  1. Puasa pada Hari Syak iatu pada hari 30 Syaaban.
  2. Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri iaitu pada 1 Syawal.
  3. Puasa pada Hari Raya Aidil Adha iaitu pada 10 Zulhijjah.
  4. Puasa pada Hari Tashriq iaitu pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
  5. Puasa perempuan dalam keadaan haid & Nifas.
  6. Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah .
  7. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya.
  8. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya sekiranya dia berpuasa.
  9. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT.

  • Syarat wajib puasa: 
  • Berakal/waras.
  • Baligh (cukup umur).
  • Mampu/tidak uzur.

  • Syarat sah puasa :
  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

  • Sunat puasa: 
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

  • Kelonggaran untuk berbuka puasa :
Harus bagi golongan-golongan ini untuk berbuka puasa:-

  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.
Posted by Yusniza Yahya at 7:51 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 9 Februari 2012

Kepimpinan Rasulullah S.A.W

Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, kekasih Allah Taala...
Membawa rahmat sekelian alam...
Kami merinduimu Ya Rasulullah






Hayatilah...anda pula bagaimana???






Harap-harap slide inni dapat membantu pelajar-pelajar memahami tajuk ini :)

Kepimpinan rasulullah
View more presentations from yusnizayahya.


PENGENALAN


Para nabi dan rasul merupakan manusia pilihan utusan Allah untuk memimpin dan mambimbing manusia ke jalan yang benar. Nyatalah para nabi dan rasul merupakan pemimpin contohan dan mercu tanda sejarah ketamadunan manusia. Dalam koteks yang lebih khusus, nabi Muhammad (SAW) merupakan nabi dan rasul yang terakhir dan penghulu para nabi dan rasul, tentunya mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama yang berkaitan dangan hal-hal kepimpinan.

  RASULULLAH S.A.W SEBAGAI PEMIMPIN

      Sebagai pemimpin yang dipilih oleh Allah, tentunya baginda dirancang sedemikian rupa untuk menjadikan baginda pemimpin mithali. Kehidupan baginda yang yatim, hidup dalam suasana kehidupan yang serba sederhana menjadi batu asas penting dalam proses pemupukan sifat kepemimpinan baginda . Dengan kehendak dan pemeliharaan Allah, baginda dapat membataskan dari baginda dari perkara yang merosakkan dan tidak berfaedah.

     Baginda akhirnya manjadi manusia yang paling dipercayai yang digelar “al-amin” oleh seluruh masyarakat di zamannya. Sifat asasi yang wajib bagi para nabi dan rasul terserlah dengan cukup nyata pada diri Rasulullah (SAW). Sifat-sifat tersebut ialah : sidiq, amanah, tabligah dan fatonah. Sifat-sifat ini merupakan tunggak asasi keperibadian dan kepimpinan Rasulullah (SAW). Sidiq ialah sifat yang mempunyai ciri-ciri benar yang merangkumi nilai-nilai tidak melakukan sifat bohong dan pendustaan, sama ada dalam percakapan mahupun dalam perbuatan. Ini merujuk kepada sifat tiadanya kontradiksi anatara apa yang diucap dengan apa yang dilaksanakan. Di samping itu, sidiq juga membawa maksud hidup dan perjuangan baginda itu bertunjangkan kebenaran hakiki, yang boleh membawa manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

      Sifat asasi yang lain ialah amanah, iaitu merujuk kepada sifat melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Baginda tidak melakukan walaupun sedikit penyelewengan, penyimpangan atau pengkhianatan. Apa yang diarahkan oleh Allah itulah dilaksanakan olah baginda seutuh dan setulennya. Sifat asasi yang lainnya ialah tabligh, yang secara literalnya bermaksud “menyampaikan”. Ianya merujuk kepada sifat baginda melaksanakan tanggungjawab menyampaikan seluruh dan sepenuhnya risalah kenabian dan kerasulan baginda kepada manusia. Baginda tidak sedikit pun menyembunyikan apa yang ditanzilkan oleh Allah kepada baginda untuk disampaiakn kepada umat manusia sejagat. Di samping baginda juga dengan sifat tabligh itu mempunyai kemahiran dan kemampuan komunikasi yang tinggi.

      Dengan itu, ianya membolehkan manusia yang didakwahkan oleh baginda memahami maksud dan tujuan dakwah tersebut. Sifat asasi yang lain ialah fatonah, iatu bermaksud “bijaksana”. Sebagai pembawa risalah Allah, dan pemimpin manusia sejagat, baginda merupakan pemimpin yang mempunyai kebijksanaan yang luar biasa. Ini dapat dilihat melalui tindakan-tindakan yang baginda laksanakan dalam sejarah perjuangan dan kehidupan baginda. Dengan sifat-sifat asasi tersebut, baginda telah melaksanakan tanggungjawab kenabian dan kerasulan dengan berjaya, dan ianya penuh dengan contoh dan teladan yang bukan sedikit yang sewajarnya dicungkil dan dihayati oleh seluruh umat manusia, terutamanya oleh umat Islam, khususnya mereka yang merasakan diri mereka pejuang dan penggerak Islam.
Posted by Yusniza Yahya at 4:48 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rabu, 8 Februari 2012

Yusniza Menulis...:

Yusniza Menulis...:
Posted by Yusniza Yahya at 5:48 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

rehat2 kejap..baca asma Husna dulu (^_^)

Masa itu emas ;)

Waktu Solat

Salat times for Dua, ٧٣٢٠٠ Gemencheh, Negeri Sembilan, MalaysiaN١٥, Kampung Sungai. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Get Your Prayer Times Widget!

jom borak !

Pink Blossom Pointer

Assalamualaikum...

Foto saya
Yusniza Yahya
Guru Pendidikan Agama Islam di Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh :)
Lihat profil lengkap saya

Sahabatku

Catatanku

  • ▼  2012 (6)
    • ▼  Februari (6)
      • Adab Melayan Tetamu
      • AURAT WANITA ISLAM
      • KEPENTINGAN DOA DALAM HIDUP MUKMIN
      • Puasa Menjana Keperibadian Muslim
      • Kepimpinan Rasulullah S.A.W
      • Yusniza Menulis...:
  • ►  2011 (1)
    • ►  Disember (1)

Memoriku

Memoriku
(( Yusniza )). Imej tema oleh enjoynz. Dikuasakan oleh Blogger.